Ikuti Kami:

Sering Ke Rumah Masing-Masing, Seo Jihye & Kim Junghyun Nafi Khabar Angin Sedang Bercinta

Sering Ke Rumah Masing-Masing, Seo Jihye & Kim Junghyun Nafi Khabar Angin Sedang Bercinta

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba pasangan pelakon yang popular dalam “Crash Landing On You” iaitu Seo Ji-hye dan Kim Jung-hyun dikhabarkan sedang bercinta.

Menurut Dispatch, mereka berdua sudah bercinta selama setahun lamanya selepas drama popular itu tamat dan biasanya, pasangan itu akan bertemu di rumah masing-masing yang hanya mempunyai jarak 10 minit sahaja daripada satu sama lain.

Pun begitu, agensi Seo Ji-hye dengan pantas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah rakan baik sahaja.

Gosip cinta Seo Ji-hye dan Kim Jung-hyun adalah tidak benar. Kami sudah meminta pengesahan Seo Ji-hye dan dia memberi respon bahawa khabar angin itu mengarut.

seo jihye dan kim junghyun

Dalam pada itu, agensi pelakon wanita itu iaitu Culture Depot mengesahkan bahawa mereka sedang dalam perbincangan untuk menandatangani kontrak eksklusif bersama Kim Jung-hyun.

Oleh itu, pelakon lelaki itu banyak berjumpa dengan Seo Ji-hye untuk menanyakan mengenai hal tersebut. Tambahan pula keadaan kini yang tidak mengizinkan mereka untuk berjumpa di luar, Seo Ji-hye dan Kim Jung-hyun memilih untuk berjumpa di rumah sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...