Ikuti Kami:

Sering Jadi Teraju Utama Meskipun Kayu, 10 Pelakon K-Drama Selalu Dapat Kritikan Penonton

Sering Jadi Teraju Utama Meskipun Kayu, 10 Pelakon K-Drama Selalu Dapat Kritikan Penonton

Kemantapan drama Korea memang tidak dapat disangkal lagi! Plot cerita yang hebat selain sinematografi yang memukau ternyata menjadi elemen yang penting dalam menjayakan sesuatu naskhah itu. Tapi tak dapat dinafikan bahawa pelakon juga merupakan senjata penting untuk menghidupkan karakter sejurusnya menggerakkan drama itu dari satu babak ke babak yang lain.

Walaupun mempunyai lambakan pelakon yang bagus dan versatil, masih ramai lagi pelakon Korea yang menerima kritikan penonton dek kelemahan lakonan yang ditonjolkan. Sampaikan ada yang mempersoalkan kenapa mereka semua ini masih mendapat tawaran watak utama walhal berlakon kayu?

Di sini terdapat senarai pelakon yang sering menerima komen negatif daripada penonton K-Drama.

Park ShinHye

Rasanya ramai yang mula kenali wanita ini dalam drama “You’re Beautiful” pada tahun 2009 dan kemudian namanya kian meletup di persada antarabangsa selepas membintangi “The Heirs”. Pun begitu, lakonannya kekal sama walaupun sudah bertahun-tahun menggalas tanggungjawab sebagai anak seni.

Antara kelemahan Park ShinHye yang sering dikritik penonton ialah mata bulatnya yang asyik terbeliak tak kira babak dengan adegan ciumannya dengan pelakon lelaki yang nampak kaku.

Bae Suzy

Dek kerana mukanya yang cantik, Suzy yang bermula sebagai idola dengan kumpulan Miss A telah berkecimpung dalam bidang lakonan menerusi filem “Architecture 101”. Walaupun menerima gelaran sebagai ‘cinta pertama rakyat Korea’ selepas itu, wanita ini gagal untuk membuktikan bakat lakonannya dalam beberapa drama selepas itu.

Suzy dikritik tidak pandai menonjolkan emosinya sehingga penonton sukar untuk menjiwai drama yang diterajuinya. Malahan babak dia menangis dan mabuk juga sering digunakan contoh oleh netizen bagi membuktikan bahawa dia bukanlah pelakon yang baik.

suzy kayu

Lee SungKyung

Lee SungKyung sebenarnya memulakan karier seninya sebagai seorang model dek badannya yang tinggi lampai selain mempunyai wajah yang unik. Walaubagaimanapun, rezeki datang bergolek apabila dia ditawarkan watak kecil sebagai teman wanita kepada watak Lee KwangSoo dalam drama “It’s Okay That’s Love”.

Namun begitu, lakonannya dalam drama seperti “Cheese In The Trap”, “The Doctors”, malahan dalam drama yang paling terbaru iaitu “Dr. Romantic 2” juga menerima hencapan netizen kerana kualiti lakonan yang boleh dipersoalkan. Antara kritikannya ialah lontaran suara dan ekspresi wajah (mata membulat dan mulat muncung) yang sama sahaja seperti dalam drama “Weighlifting Fairy Kim BokJoo”.

lee sungkyung kayu

Lee YeonHee

Mula berlakon sejak daripada kecil tidak menjaminkan kemajuan dalam mutu lakonan seseorang itu, samalah seperti pelakon Lee YeonHee. Sudah hampir 20 tahun berlakon, setiap daripada drama lakonannya pasti akan menerima kritikan penonton. Satu-satunya drama yang menerima pujian ramai ialah “Miss Korea” yang ditayangkan pada tahun 2013.

Pun begitu, drama yang dilakonkan oleh wanita ini kemudiannya kembali menerima selaan penonton. Malahan drama “The Game: Towards Zero” yang baru sahaja tamat tayangan pada bulan lepas juga mendapat komen negatif dek kerana lakonan Lee Yeonhee sebagai pegawai polis adalah sangat kayu.

lee yeonhee kayu

Jin SeYeon

Antara pelakon yang tak pernah terlepas daripada menerima kritikan ramai akibat lakonannya yang tak meyakinkan langsung. Sejak daripada awal karier seninya lagi, penonton acap kali menunding jari dan mempersoalkan kenapa wanita ini asyik mendapat tawaran sebagai teraju utama meskipun mempunyai bakat lakonan yang lemah.

Penonton mengatakan bahawa Jin SeYeon sering memainkan watak yang terlampau berat berbanding dengan kemampuannya seperti dalam drama “Bridal Mask”, “Five Fingers”, “Dr. Stranger” dan “The Flower in Prison”. Mulutnya yang susah dibuka selain seperti mengumpul air liur membuatkan penonton susah untuk menghayati karakter yang dilakonkannya.

jin seyeon kayu

Gu HyeSun

Rasanya Gu Hyesun sepertinya dah bawa watak Geum JanDi dalam drama “Boys Over Flower” sejak daripada tahun 2009 sampailah sekarang. Tiada perbezaan langsung di antara watak yang di bawa olehnya walaupun dalam drama yang berlainan.

Antara kritikan biasa yang dilontarkan kepada pelakon wanita ini ialah sebutan dialognya yang tidak jelas selain ekspresi wajah yang tidak sesuai dengan babak berkenaan. Jaranglah dengar lakonan Gu HyeSun menerima pujian ramai.

gu hyesun kayu

Song SeungHeon

Mula mencipta nama sejak drama “Autumn In My Heart”, lakonan Song SeungHeon langsung tak tunjukkan kemajuan meskipun dah mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri lakonan Korea. Pun begitu, ramai yang cuba menonton drama lakonannya kerana wajahnya yang kacak dan badan yang sasa.

Pun begitu, rupa tampannya itu tidak menutup mata netizen untuk melihat mutu lakonannya yang sederhana. Kritikan yang sering diterima oleh lelaki ini ialah mukanya yang nampak seperti dipaksa untuk melakukan ekspresi tersebut terutama sekali apabila sedang marah atau pun ketika menangis.

song seungheon kayu

Nam JooHyuk

Juga merupakan pelakon yang bermula sebagai seorang model pada asalnya. Tak kiralah berapa banyak pun drama yang sudah diterajui oleh Nam JooHyuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lelaki tersebut masih tersangkut pada tahap lakonan yang sama,

Meskipun mula mencipta nama menerusi drama popular “Weightlifting Fairy Kim BokJoo”, tetapi dia berjaya memusnahkan jangkaan ramai apabila terus menonjolkan mutu lakonan yang teruk dalam drama “Bride Of The Water God”.

nam joohyuk kayu

Ahn JaeHyun

Nampaknya, ramai pelakon yang asalnya model tidak menerima respons yang baik daripada penonton mengenai lakonan mereka. Salah seorang daripada mereka ialah Ahn Jaehyun yang berterusan menerima kritikan daripada satu naskhah ke naskhah yang lain.

Bukan sahaja Gu HyeSun malahan lelaki ini juga menerima cacian ramai menerusi lakonan ‘kayunya’ dalam drama “Blood” yang ditayangkan pada tahun 2015. Pun begitu, sehingga ke dramanya yang paling terbaru iaitu “People With Flaws” turut menerima kritikan ramai membuktikan bahawa bakat lakonannya tidak menunjukkan sebarang kemajuan langsung.

ahn jaehyun kayu

Shin SeKyung

Wanita ini juga merupakan antara pelakon yang acap kali menerima komen negatif dek kerana lakonannya yang tidak meyakinkan langsung. Walaupun dah bertahun berlakon, Shin SeKyung tidak mampu menunjukkan riak muka yang berlainan bagi setiap emosi, bagaikan otot mukanya keras kejung.

Drama seperti “The Girl Who Can See Smell”, “Bride Of The Water God”, “Rookie Historian Goo Haeryung” nyata membuktikan bahawa mutu lakonannya kekal sama sahaja meskipun tahun terus berganti.

shin sekyung kayu

Rata-rata penonton terutamanya netizen Korea kesal kerana ada antara pelakon ini yang menggunakan kesempatan tawaran lakonan untuk berlatih berlakon walhal mereka seharusnya menggunakan masa terluang untuk memperbaiki kelemahan diri.

Ini hanyalah pendapat daripada netizen Korea, jadi jangan terasa kalau ada pelakon kegemaran anda di dalam ini!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...