Utama K-Pop Sering Dipilih Sebagai ‘Ikon’, Jennie BLACKPINK Kongsi Pendapatnya

Sering Dipilih Sebagai ‘Ikon’, Jennie BLACKPINK Kongsi Pendapatnya

jennie blackpink

Jennie BLACKPINK telah dipilih menjadi bintang muka depan majalah Elle edisi Februari!

Sebagai model kempen global koleksi barang kemas Chanel Coco Crush, Jennie telah melakukan penggambaran dengan cara yang kreatif sambil mengetengahkan semua jenis barang kemas jenama itu. Jennie mengulas,

Perhiasan adalah elemen yang sangat diperlukan dalam penggayaan. Saya harap peminat menyukai sisi baharu saya.

Apabila ditanya tentang pendapatnya apabila sering dipilih sebagai seorang ‘ikon’ dalam dunia fesyen serta industri muzik, Jennie menjawab,

Ianya adalah satu penghormatan untuk menjadi inspirasi dan ikon kepada seseorang. Apabila orang menggambarkan saya dengan kata-kata ini, saya rasa saya perlu menunjukkan sisi saya yang lebih baik. Saya mahu mempamerkan sisi yang lebih mesra dan selesa.

Baru-baru ini, Jennie juga ada berkongsi beberapa gambar dia pergi ke gunung di akaun media sosial peribadinya. Dia berkongsi rasa cintanya terhadap alam semula jadi sambil berkata,

Saya rasa keindahan alam semula jadi tidak boleh diganti. Saya mendapat tenaga daripadanya dan membuat azam untuk tahun baru. Matlamat saya adalah untuk badan dan minda saya lebih sihat.

jennie blackpink elle

Cantiknya Jennie!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERElle
Loading...