Siapa peminat “Running Man” pastinya dah anggap Yoon Eun-hye sebagai ahli ‘halimunan’ program itu. Ini kerana namanya yang sering disebut ketika mengusik Kim Jong-kook.
Semuanya bermula apabila Kim Jong-kook dan Yoon Eun-hye mempunyai ‘love line’ sejak muncul bersama dalam program ‘X-Men’ pada 2006. Disebabkan oleh babak mesra antara mereka, keduanya sering diusik mengenai satu sama lain sehingga kini.
Malah Yoo Jae-suk sering menggunakan peluang ini untuk membuatkan wajah Kim Jong-kook meraha dalam “Running Man”. Bahkan pengacara itu meletakkan harapan yang tinggi supaya pelakon wanita tersebut agar muncul di dalam rancangan popular berkenaan.
Bukan itu sahaja, pengarah Choi Bo-pil turut berkongsi baru-baru ini bahawa kemunculan Yoon Eun-hye dalam “Running Man” merupakan sesuatu yang boleh berlaku.
Walau bagaimanapun, mungkin peminat dan Yoo Jae-suk sendiri perlu menunggu lebih lama untuk hal itu terjadi memandangkan agensi Yoon Eun-hye pernah memberikan kenyataan mengenai hal ini pada November lalu,
Tiada lagi tawaran daripada ‘Running Man’. Namun kami dan Yoon Eun-hye seronok membaca artikel mengenai namanya yang disebut di dalam rancangan itu.
Mana tahu ada perancangan untuk membawa Yoon Eun-hye tahun ini kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.