Ikuti Kami:

Sering Dibuli Oleh Ahli ILUV, Bekas Idola Shin Minah Didedahkan Cuba Mengambil Nyawa Sendiri Lagi

Sering Dibuli Oleh Ahli ILUV, Bekas Idola Shin Minah Didedahkan Cuba Mengambil Nyawa Sendiri Lagi
[Amaran: Perbincangan mengenai cubaan bunuh diri]

Mengejutkan apabila seorang bekas idola daripada kumpulan wanita dikhabarkan cuba terjun daripada Jambatan Sungsan namun sempat diselamatkan oleh pihak polis.

Menurut pihak berkuasa, mereka bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan mengenai seorang wanita bernama Shin berusia awal 20-an telah memanjat ke atas penghadang jambatan itu seperti cuba melompat ke bawah.

Selepas mendengar berita tersebut, ramai yang menebak bahawa gadis yang dimaksudkan itu ialah Shin Min-ah daripada kumpulan ILUV yang sudah dibubarkan kini. Bahkan gadis ini pernah berkongsi bahawa dia dibuli oleh ahli lain kumpulan tersebut sehingga membuatkan dia tidak tenteram.

shin minah iluv cuba bunuh diri

Shin Min-ah

Tak lama selepas itu, Shin Min-a telah meninggalkan mesej di Instagram buat para peminat selepas berita mengejutkan itu,

Saya tak akan melakukannya lagi, saya memohon maaf kerana menyebabkan anda risau. Saya tak akan berfikiran buruk lagi. Terima kasih kerana menyokong saya dan terima kasih kepada semua yang membantu saya hari ini. Terima kasih kepada para peminat yang melaporkan hal tersebut.

Malahan ini bukanlah kali pertama bekas ahli ILUV itu cuba mengambil nyawanya sendiri. Sebulan lepas, Shin Min-ah pernah berkongsi menerusi saluran YouTube miliknya mengenai percubaan untuk membunuh diri yang gagal selepas seorang pegawai polis menghentikannya.

Menurut gadis yang berusia 22 tahun ini lagi, dia mengalami kemurungan, serangan panik dan insomnia dek kes buli ini. Bahkan dia juga dibuli bukan sahaja secara fizikal malah secara mental juga.

Antara yang dikongsi oleh Shin Min-ah ialah ahli lain akan mencarut secara teruk kepadanya selain memaksa membuka baju. Bahkan dia turut mendedahkan bahawa mereka memaksa dia menonton video hubungan intim antara ahli lain dengan teman lelaki ahli tersebut.

Khabarnya beberapa ahli ILUV sudah pun menyertai kumpulan baru bernama BOTOPASS selepas kumpulan itu dibubarkan. Mereka juga telah membuat kemunculan dengan lagu ‘Flamingo’ baru-baru ini.

botopass buli shin minah

Walaubagaimanapun agensi naungan ILUV telah pun menidakkan dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa kesemua kisah yang didedahkan gadis itu tidak pernah terjadi pun. Pun begitu, Shin Min-ah menyediakan bukti mesej dia mengenai hal tersebut sekiranya ia dibawa ke mahkamah.

Semoga keadilan dicapai dan siapa yang bersalah menerima hukuman yang setimpalnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...