Ikuti Kami:

Sering Bersama, Lee Naeun Dilapor Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak Lee Kangin

Sering Bersama, Lee Naeun Dilapor Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak Lee Kangin

Bekas ahli kumpulan APRIL iaitu Lee Na-eun, dilaporkan sedang bercinta dengan pemain bola sepak.

Menurut laporan media eksklusif pada 2 Januari, Lee Na-eun dan pemain bola sepak Lee Kang-in sedang menjalinkan hubungan istimewa kini.

Khususnya pada November lalu, pelakon wanita itu dilihat meluangkan waktu bersama ‘kekasihnya’ itu di tempat letak kereta hotel, di mana pasukan bola sepak negara menginap untuk kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – pusingan kedua AFC.

Bukan itu sahaja, mereka juga ditemui di rumah Na-eun yang terletak di Bandar Guri, wilayah Gyeonggi dan makan aiskrim bersama sebelum masuk ke apartmen.

lee naeun lee kangin

Bagaimanapun, agensi Lee Na-eun nampaknya telah menafikan khabar angin tersebut dengan menjelaskan,

Kami telah menyemak dengan artis kami. Namun, kedua-duanya tidak lebih daripada kawan dan hanyalah kenalan.

Sementara itu, Lee Na-eun juga akan kembali menemui penonton dalam drama “Flex X Cop” menerusi episod 9 dan 10.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...