Ikuti Kami:

Serasi Habis! Momen Kelakar Pelakon ‘6 Underground’ Bersama Ahli ‘Running Man’

Serasi Habis! Momen Kelakar Pelakon ‘6 Underground’ Bersama Ahli ‘Running Man’

Bukan lagi satu rahsia apabila rancangan “Running Man” telah berjaya membawa aktor and aktres Hollywood terkenal iaitu Ryan Reynolds, Mélanie Laurent dan Adria Arjona yang baru sahaja membintangi filem Netflix, “6 Underground” menyertai program tersebut.

Walaupun hanya mempunyai masa 2 jam untuk ‘bermain’ dengan bintang popular tersebut, ahli “Running Man” langsung tak membazirkan sesaat pun bagi mendapatkan rakaman yang sempurna dengan kehadiran mereka. Waktu rakaman yang ada itu digunakan sepenuhnya oleh pihak produksi “Running Man” bagi memberikan episod yang terbaik kepada penonton yang sudah ternanti-nantikan episod istimewa ini!

6 underground dalam running man

Ryan Reynolds, Mélanie Laurent dan Adria Arjona nyata tidak kekok langsung dengan ahli rancangan hiburan ini kerana baru sahaja masuk pintu mereka dah melawak bersama! Tak kisahlah cakap bahasa Inggeris ke bahasa Korea ke, semua main taram sembang sahaja!

Disebabkan ini adalah satu pertemuan yang sangat ‘rare’, di sini ada beberapa momen yang menjadi kegemaran penonton sepanjang kehadiran pelakon “6 Underground” dalam “Running Man” baru-baru ini!

Ryan panggil Sukjin ‘Ayah’

Semasa sedang berbual dengan Adria Arjona, Yoo Jaesuk telah memintanya meneka siapakah ahli termuda dalam “Running Man” dan wanita itu dengan jangkaan yang tepat telah memilih Somin. Walaubagaimanapun dia meneka ahli termuda “Running Man” itu baru berusia 27 tahun lantas membuat Somin melompat gembira dan menyatakan bahwa dia sebenarnya berusia 34 tahun. Adriana terus terkejut dan meminta tips rahsia awet muda daripada Somin.

Paling kelakar, apabila Jongkook meminta pelakon “6 Underground” supaya meneka usia Sukjin dan Adriana main tembak sahaja dan menyebut 36 manakalan Ryan memilih angka 42. Sukjin tersenyum lebar dan mengatakan bahawa dia sudah berusia 54 tahun. Pelakon “Deadpool” tersebut terkejut sakan dan terus memanggil Sukjin, “Ayah?” dan lelaki tua itu mengiakan panggilan tersebut sebelum tersedar maksud ayah. Terus dia cakap, “Saya bukan ayah!”

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...