Tak lama lagi, penonton akan dapat lihat gandingan Gong Yoo dan Seo Hyun-jin dalam sebuah drama!
Terbaru, Gong Yoo dan Seo Hyun-jin dilihat sedang menjalani penggambaran untuk siri Netflix baru berjudul “Trunk”.
Untuk pengetahuan, drama ini mengisahkan tentang agensi perkhidmatan perkahwinan, yang akan mengatur kehidupan mereka dengan pasangan yang diingankan.
Selepas melihat dua pelakon hebat itu bersama, penonton semakin teruja untuk melihat keserasian mereka dalam drama itu nanti.
Sementara itu, “Trunk” telah dijadualkan untuk menemui penonton pada separuh kedua tahun ini, dengan 8 episod secara keseluruhan.
Nantikan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.