Penampilan Rosé baru-baru ini telah mencetuskan kerisauan ramai orang..
Terbaru, Rosé BLACKPINK telah tiba di Paris bagi menghadiri pertunjukan fesyen buat jenama YSL sebagai duta global.
Selain terpesona melihat kecantikan wanita itu, perhatian juga turut tertumpu pada susuk tubuh Rosé yang sangat kurus.
Meskipun penyanyi “On The Ground” itu memang bertubuh langsing sejak dari debut namun, dia nampaknya telah kehilangan lebih banyak berat badan kini sehingga membuatkan ramai orang risau.
Antara komen yang ditulis,
- Seram tengok kaki dia..
- Saya harap kesihatan dia ok je.
- Rosé okay tak ni? Risau pula tengok dia macam ni.
- Sangat merisaukan ni. Saya ingat ke video ini disunting.
Hmm Rosé jaga diri tau.