Selepas tiga musim bersiaran, akhirnya “The Penthouse” bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi.
Malah skrip episod terakhir drama itu sudah pun selesai ditulis khabarnya. Menurut laporan media, skrip terakhir itu telah sampai ke tangan para pelakon drama berkenaan. “The Penthouse 3” akan menamatkan tayangan pada episod ke-14, 10 September nanti.
View this post on Instagram
Jelas penulis Kim Sun-ok mengenai pengakhiran drama ini,
Saya tak boleh kata apa-apa mengenainya, meskipun seperti tiada penghujungnya. Saya akan ingati drama ini sebagai keajaiban yang tidak akan mampu dilahirkan buat kali kedua.
Dia juga berterima kasih kepada semua pelakon kerana menjayakan drama ini sehinggakan ke akhirnya.
Macam mana agaknya ending “The Penthouse 3” ya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.