Ikuti Kami:

“Seperti Dia Ada Dari Mula” – Penonton & Pihak Produksi ‘River Where The Moon Rises’ Puji Lakonan Na Inwoo

“Seperti Dia Ada Dari Mula” – Penonton & Pihak Produksi ‘River Where The Moon Rises’ Puji Lakonan Na Inwoo

Sesiapa yang minat K-Drama, pastinya tahu mengenai kekecohan yang berlaku dek beberapa kes buli yang didedahkan oleh rakan sekolah beberapa selebriti popular. Antara yang terjejas teruk ialah Jisoo sehingga dia digugurkan daripada drama “River Where The Moon Rises”.

Pun begitu, KBS dan pihak produksi bertindak pantas bagi memastikan drama tersebut berjalan seperti biasa. Bagi menggantikan tempat Jisoo, pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Na In-woo dipilih untuk mengisi kekosongan itu.

Bahkan lelaki itu sudah pun muncul dalam episod ke-7 “River Where The Moon Rises” yang ditayangkan semalam. Ternyata pertaruhan pihak produksi membawa tuah kerana Na In-woo menerima pujian ramai kerana sangat sesuai dengan watak On Dal walaupun baru sahaja menggalas tanggungjawab tersebut.

na inwoo

Malah pihak produksi memuji Na In-woo kerana mampu menyesuaikan diri dengan skrip dalam masa yang singkat sahaja. Bahkan lakonannya langsung tak nampak kekok. Senyuman Na In-woo dan juga personalitinya dikatakan menjadi sinar di set penggambaran.

Persona ceria Na In-woo membuatkan set penggambaran menjadi lebih bersemangat. Daripada penggambaran pertama, Na In-woo sangat cepat rapat dengan rakan pelakon dan staf, menampilkan nafas segar seperti dia berada dengan kami daripada mula lagi. Kami berharap anda berpuas hati dengan lakonan On Dal yang bakal ditayangkan nanti.

Nampaknya Na In-woo berjaya buktikan bakatnya, sampaikan ramai yang tak rasa perbezaan watak On Dal walaupun diganti baru.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...