Ikuti Kami:

“Seperti Berada Dalam Filem Seram” – Ailee Kongsi Pengalaman Sesat Di Korea Utara

“Seperti Berada Dalam Filem Seram” – Ailee Kongsi Pengalaman Sesat Di Korea Utara

Macam mana boleh sesat dekat sana?

Baru-baru ini, penyanyi solo AILEE membuat penampilan sebagai tetamu didalam Psick University “PSICK SHOW” yang dihoskan oleh pelawak terkenal Korea Lee Yong-ju, Jung Jae-hyung dan Kim Min-soo.

Penyanyi solo AILEE yang pernah membuat persembahan di sidang kemuncak antara Korea yang ketiga di Pyongyang, Korea Utara telah berkongsi pengalamannya yang sesat ketika berada di negara tersebut.

Pada mulanya, AILEE berasa teragak-agak untuk berkongsikan pengalamannya di sana. Namun, selepas hos rancangan itu memberitahu bahawa penyanyi terkemuka Korea yang juga merupakan ketua kepada kumpulan band YB iaitu Yoon Do-hyun pernah berkongsikan pengalaman dia ketika berada di Korea Utara, AILEE mula membuka ceritanya.

ailee

Katanya, dia berasa amat gementar apabila berada di Pyongyang dan perasaan gementar itu bertukar menjadi perasaan takut selepas dia dan jurusoleknya sesat di ibu negara itu.

Penyanyi itu mengatakan bahawa dirinya dengan tidak sengaja ditinggalkan bersama dengan jurusoleknya ketika berada di hotel. Dia selepas itu membuat keputusan untuk berjalan disekeliling hotel untuk mendapatkan bantuan namun penduduk di sana menjauhkan diri malah ada dikalangan mereka yang melarikan diri apabila melihat AILEE.

Selain itu, AILEE juga mengatakan bahawa selain daripada penduduk yang  mereka jumpa, tiada sesiapa lagi yang berada di kawasan hotel tersebut.

Tambah AILEE,

Ianya terasa sangat seram, seperti berada di dalam filem ngeri.

Apa-apa pun, AILEE berjaya menghabiskan persembahannya disana dan pulang ke Korea Selatan dengan selamat bersama pengalaman yang tidak akan pernah dia lupakan.

Korang rasa apa yang korang akan buat kalau sesat kat sana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...