Best kan drama “Secret Royal Inspector Joy” yang sedang ditayangkan di tvN sekarang ini?
Bukan sahaja pada dengan momen mendebarkan malah ramai yang suka melihat gandingan antara Ok Taec-yeon dan Kim Hye-yoon. Rata-rata penonton terpikat drama ini kerana banyak babak kelakar yang diselitkan. Contohnya, salah satu adegan yang ditayangkan dalam episod terbarunya.
Selepas mengalami satu insiden mengejutkan, Ra Yi-eon (Ok Taec-yeon) sepertinya semakin mahu mendekati Kim Jo-yi (Kim Hye-yoon). Apabila wanita itu memberitahu bahawa dia akan bermalam di sebuah rumah tumpangan, lelaki itu menghalang dengan dialog yang seakan -akan pernah didengar oleh peminat K-Pop terutamanya ‘Hottest’ (peminat 2PM).
Jangan begitu, jom ke rumah saya.
Kalau yang perasan, ‘rumah saya’ merupakan tajuk judul lagu 2PM yang diriliskan pada 2015 dan kembali mendapat sambutang hangat baru-baru ini. Lebih kelakar, drama berkenaan memainkan lagu 2PM itu selepas dialog berkenaan.
Walaubagaimanapun, sedikit hampa kerana ‘My House’ hanya dimainkan ketika tayangan siaran langsung sahaja dan dipadam dalam siaran ulangan. Pun begitu, anda boleh lihat sendiri menerusi entri di Twitter ini.
그만 나와버린 우리집으로 가자 pic.twitter.com/RfhaLYgGaN
— ssena (@kinda_superstar) December 6, 2021
Kebanyakan penonton ternyata kagum dengan sisi komedi penulis drama ini selain memuji babak berkenaan sebagai ‘fresh’ dan menggelikan hati.
Kelakar betul!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.