Ikuti Kami:

Seorang Meninggal Dunia, Oh Jungse Terlibat Dalam Kemalangan

Seorang Meninggal Dunia, Oh Jungse Terlibat Dalam Kemalangan

Kelmarin, satu berita kurang baik telah dilaporkan oleh media Korea.

Menurut laporan polis, Oh Jung-se dan pemandu ‘A’ berada di dalam van di jalan dua hala di Burimyeon, Geunsan-gun, Chungcheongnam-do apabila mereka bertembung dengan trak penyemai yang dinaiki dua warga emas. Si suami, berusia 60 tahun meninggal dunia manakala isterinya pula cedera parah dan dibawa ke hospital.

Tambah pihak berkuasa lagi, pengurus Oh Jung-se tidak memandu dengan laju atau memandu dalam keadaan mabuk lantas punca kemalangan ini masih lagi sedang disahkan berdasarkan kotak hitam di dalam van berkenaan.

oh jungse

Respon agensi pelakon itu,

Selepas kejadian berkenaan, pengurus tersebut disiasar pihak polis selain kotak hitam dalam kenderaan itu turut disemak. Oh Jung-se juga turut disoal dan sudah kembali ke rumah kini.

Kami berhati-hati kerana ianya kemalangan maut dan maklumat lanjut belum didedahkan. Dalam pada itu, saya berasa kasihan dengan keluarga mangsa dan memohon maaf kerana menyampaikan berita buruk ini.

Salam takziah.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...