Lama kan tak nampak Seolhyun berlakon?
Terbaru, ahli AOA itu dikhabarkan akan menyertai drama “Show Business” yang katanya bakal menampilkan Gong Yoo dan Song Hye-kyo sebagai teraju utama.
Ia akan membawa kisah dunia hiburan yang berkembang pesat selepas Perang Korea dan kehidupan bintang di atas pentas serta orang yang menciptanya.
“Show Business” turut menelan belanja RM278 juta selain bakal bersiaran di platform OTT. Dalam pada itu, kesemua watak serta skrip masih lagi disimpan sebagai rahsia oleh pihak produksi.
Nantikan maklumat lanjut mengenai drama ini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.