Ikuti Kami:

Seohyun & Na Inwoo Sah Bergandingan Dalam Drama Romantik Fantasi ‘The Jinx’s Lover’

Seohyun & Na Inwoo Sah Bergandingan Dalam Drama Romantik Fantasi ‘The Jinx’s Lover’

Nampaknya Na In-woo bakal membawa watak utamanya buat pertama kali di dalam “The Jinx’s Lover” bersama Seo-hyun (Girls’ Generation) tak lama lagi.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, ia merupakan kisah romantik fantasi mengenai seorang lelaki malang dan miskin bertemu dengan dewi kekayaan yang disorok oleh satu keluarga kaya.

Seo-hyun akan memegang watak Seul Bi, seseorang yang mempunyai kebolehan melihat masa hadapan sesiapa sahaja yang disentuhnya. 7 tahun lalu, wanita itu kemudiannya berjaya meloloskan diri daripada bilik rahsia yang disembunyikan sebelum dan bertemu dengan Gong Soo-kwang (Na In-woo). Seul Bi mula mengimpikan kehidupan yang lebih bermakna apabila merasai kehidupan sebenar. seohyun na inwooNa In-woo pula telah pun disahkan sebelum ini untuk melakonkan watak Gong Soo-kwang, seorang lelaki yang menjaja ikan di Pasar Seodong dan mempunyai nasib malang. Merupakan seorang yang menghampiri kejayaan, dia hilang semuanya selepas berjumpa dengan Seul Bi pada 7 tahun lalu dan memulakan kehidupan yang baru.

Tak sabar nak saksikan bagaimana kedua watak ini akan membina cerita buat “The Jinx’s Lover” kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...