Ikuti Kami:

Seo Inguk & Lee Sieon Kongsi Para Pelakon ‘Reply 1997’ Bakal ‘Reunion’, Tapi Untuk Apa?

Seo Inguk & Lee Sieon Kongsi Para Pelakon ‘Reply 1997’ Bakal ‘Reunion’, Tapi Untuk Apa?

Dah cukup 10 tahun dah rupanya drama “Reply 1997″….

Siapa masih ingat drama “Reply 1997” yang sebelum ini diterajui oleh Seo In-guk, Lee Si-eon, Jung Eun-ji, Shin So-yul, Lee Il-hwa dan ramai lagi.

Baru-baru ini, Lee Si-eon tampil sebagai tetamu bagi rancangan MBC FM4U, “2 O’Clock Date Musician, Ahn Young Mi”. Menerusi rancangan itu, mereka turut berkongsi bahawa mereka akan menyambut ulang tahun ke-10 bagi drama “Reply 1997”.seo ingukLee Si-eon berkata,

Seo In-guk pernah berbual mengenai ini di satu rancangan radio. Kami sedang mempersiapkan ulang tahun ke-10. 

Terbaru, Seo In-guk juga tampil dalam rancangan radio yang sama, berkata,

Saya rasa ianya akan jadi sedikit spoiler, tapi sebenarnya kami semua akan berkumpul untuk menjalankan sesuatu yang dirancang oleh Lee Si-eon sebelum habis Disember ini.

reply 1997Melihat kepada kenyataan itu, ramai yang beranggapan bahawa ianya adalah reunion bagi drama, namun sebenarnya mereka semua berkumpul untuk “Si Eon School” yang mana ia merupakan sejenis rancangan bual bicara yang menampilkan para pelakon dan pengarah bagi drama “Reply 1997”.

Lee Si-eon juga sempat menambah bahawa,

Program ini tidak akan mempunyai seorang hos. Ianya rancangan bual bicara yang santai di mana kami semua hanya mengacarakannya semua sendiri. 

Hmmm, agaknya nak buat program apa ek dorang ni….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...