Mungkinkah Seo In-guk, Ji Chang-wook dan Ma Dong-seok bakal menerajui drama bersama?
Terbaru, Seo In-guk dikhabarkan ada menerima tawaran untuk membintangi “Twelve” mengisahkan tentang para hero yang mewakili zodiak Cina yang berjuang untuk melindungi Semenanjung Korea daripada roh jahat.
Seo In-guk dikatakan sedang dipertimbangkan untuk memainkan watak hero yang diwakili oleh zodiak monyet dalam drama tersebut.
Manakala sebelum ini, Ma Dong-seok dan Ji Chang-wook juga sedang dalam perbincangan untuk menyertai “Twelve,” dan Seo In-guk dijangka akan berganding dengan mereka untuk memimpin drama ini.
Sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai “Twelve”!