Seo Hyunjin Dikhabarkan Akan Kembali Dengan Drama Melodrama ‘You’re My Spring’

seo hyunjin

Nampaknya Seo Hyun-jin berkemungkinan besar akan kembali menghiasi dunia K-Drama nanti dengan sebuah drama baru bertajuk “You’re My Spring”.

Pelakon wanita itu ditawarkan untuk membawa watak Kang Da-jung iaitu seorang pengurus pengurusan pelanggan di sebuah hotel ternama. Dilahirkan bijak seperti ayahnya dan dilahirkan dengan ketahanan hidup yang tinggi bak ibunya, wanita ini tak pernah menghadiri akademi mewah namun berjaya menggenggam ijazah atas bantuan biasiswa yang diterimanya sendiri.

Bukan itu sahaja, dia turut berjaya mendapat tawaran kerja di hotel mewah dan lebih pantas naik sebagai pengurus berbanding rakan sejawatnya yang lain. Masalahnya ialah, Kang Da-jung juga berperangai sama dengan ibunya kerana menyukai lelaki yang sama teruk seperti ayahnya.

seo hyunjin

“You’re My Spring” membawa kisah tiga protagonis yang terperangkap dalam diri mereka ketika berusia 7 tahun. Kesemuanya ditahan kerana perkataan ‘menyelamat’ dan di mana ia mengetengahkan kisah ‘kanak-kanak 7 tahun’ yang berselindung di sebalik bayangan orang dewasa malah dilabel sebagai drama penyembuhan

Yang bestnya ia bakal ditulis oleh Lee Mi-na yang menggarap drama “Bubblegum” dan diarahkan oleh PD Jung Ji-hyun yang sebelum ini pernah menjayakan drama hebat seperti “Search: WWW”, “Mr. Sunshine” dan “The King: Eternal Monarch”.

Dengar cerita ia bakal ditayangkan pada tahun 2021, harap-harap Seo Hyun-jin terimalah watak ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Leave a Reply