Ikuti Kami:

“Senyum La..” – Peminat Kesal Lihat Park Jungmin Digandingkan Dengan Jisoo BP, Dah Kenapa Pula?

“Senyum La..” – Peminat Kesal Lihat Park Jungmin Digandingkan Dengan Jisoo BP, Dah Kenapa Pula?

Setelah lama menanti, drama lakonan Ji-soo BLACKPINK dan Park Jung-min akan menemui penonton tak lama lagi!

Terbaru, Coupang Play telah memuat naik video Ji-soo dan Park Jung-min yang pertama kali menyapa peminat untuk drama mereka “Newtopia”.

Meskipun ramai yang teruja namun, ada juga segelintir peminat beranggapan bahawa pelakon lelaki itu nampak tak teruja dalam video itu jika dibandingkan dengan Ji-soo, yang sentiasa tersenyum.

Bagaimanapun, ramai yang mempertahankan Park Jung-min dan menyatakan bahawa lelaki itu mungkin mendalami wataknya, serta tidak adil untuk mengkritiknya hanya dengan melihat satu video.

Malahan, ada juga yang menyebut tentang lakonan hebat Park Jung-min dalam karyanya sebelum ini dan meminta agar peminat tidak terus mengecamnya. Antara komen yang ditulis,

  • Dia pelakon top kat Korea tau.
  • Siapa yang kritik Park Jung-min ni mesti tak pernah tengok dia berlakon kan.
  • Takkanlah diorang tetiba nak pegang tangan pulak adoii.
  • Bukannya dia tak teruja cuma Ji-soo je yang memang selalu ceria.

Sementara itu, “Newtopia” telah dijadualkan untuk mula ditayangkan pada 2025 ini. Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   X

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...