Kenapa rancangan kelolaan Yoo Jae-suk semakin kurang mendapat perhatian?
Walaupun episod awal gagal mendapat perhatian yang baik, rancangan itu tetap dikeluarkan sebagai siaran tetap, dengan episod pertama ditayangkan semasa cuti Chuseok. Ia mencatatkan rating tontonan sebanyak 3.7%, menunjukkan sedikit peningkatan yang menjanjikan.
Namun, mulai episod kedua, populariti rancangan itu merosot dengan ketara. Ia mencatatkan rating sebanyak 1.8%, iaitu separuh daripada episod sebelumnya.
Ramai yang berpendapat prestasi buruk rancangan ini disebabkan oleh kelemahan ahli panel. Ada juga yang menyalahkan kualiti rendah persembahan muzik sebagai punca kepada rating yang kurang memuaskan.
Walaupun “Synchro U” meraih perhatian ramai, terutamanya kerana penampilan Yoo Jae-suk dan Karina, peminat berasa kecewa dengan sifat janggal program ini. Tetapi dengan hanya dua episod disiarkan setakat ini, masih ada masa untuk perubahan berlaku.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.