Ikuti Kami:

Senarai Drama Korea Hebat Yang Bakal Menemui Penonton Januari Ini!

Senarai Drama Korea Hebat Yang Bakal Menemui Penonton Januari Ini!

Dah masuk tahun 2020 ini, industri drama Korea masih lagi sibuk hasilkan pelbagai lagi naskhah baru. Bahkan dah banyak drama yang beratur tunggu untuk ditayangkan di kaca televisyen bermula Januari ini!

Lihat sajalah senarai drama hebat yang bakal ditayangkan bermula Januari ini!

Dr. Romantic 2 (SBS)

dr romantic 2

Tarikh tayangan: 6 Januari

Pelakon: Han Sukkyu, Ahn Hyoseop, Lee Sungkyung

Pelajar lama Dr. Kim terpaksa pergi dan mulalah kehidupannya dengan orang baru. Selain itu, pergelangan tangannya yang cedera beberapa tahun lalu kembali sakit. Kerana mempunyai masalah kekurangan staf di Hospital Doldam, dia telah ke sana untuk membantu mereka namun mula berkenalan dengan dua orang doktor baru yang mempunyai iras dengan pelajar lamanya. Seo Woojin yang sanggup melakukan apa sahaja demi duit dan Cha Eunjae yang sentiasa menghilangkan diri apabila diperlukan dalam bilik pembedahan.

The Game: Towards Zero (MBC)

the game: towards zero

Tarikh tayangan: 22 Januari

Pelakon: Ok Taecyeon, Lee Yeonhee, Lim Juhwan

Drama misteri ini mengisahkan tentang tukang ramal yang dapat melihat kejadian sebelum seseorang itu mati. Seorang detektif kes pembunuhan tanpa sengaja telah terlibat sama dalam pelbagai misteri kematian dan turut membongkar rahsia yang paling dalam dalam setiap kes tersebut.

Itaewon Class (jTBC)

itaewon class

Tarikh tayangan: 31 Januari

Pelakon: Park Seojoon & Kim Dami

Drama ini berdasarkan komik atas talian dengan nama yang sama dan mengisahkan tentang sekumpulan orang muda yang degil, bersemangat dan penuh dengan keberanian darah muda. Menelusuri lorong sempit di Itaewon, mereka memulakan tentangan ke atas stigma masyarakat yang tak masuk akal. Dalam masa yang sama, mereka turut mengejar impian dan kebebasan untuk hidup mengikut perspektif tersendiri yang unik.

Untunglah peminat K-Drama sebab banyak naskhah yang dah menanti untuk ditonton oleh anda! Selamat menonton semua!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...