Ikuti Kami:

“Semua Pelakon Mahukan Musim Kedua ‘Inspector Koo'” – Kwak Sunyoung

“Semua Pelakon Mahukan Musim Kedua ‘Inspector Koo'” – Kwak Sunyoung

Ditutup dengan pelbagai persoalan, sudah pasti ramai yang menantikan sambungan “Inspector Koo” kan?

Bukan sahaja penonton, malah pelakon drama itu juga meluahkan keinginan untuk musim keduanya.

Hal tersebut dikongsikan oleh Kwak Sun-young menerusi sebuah temubual baru-baru ini,

Semua pelakon banyak bersembang untuk sambungan musim kedua, namun saya tak pasti mengenai kemungkinannya. Sebab mereka selalu mengatakan bahawa mereka mahukan drama dengan kerjasama yang baik seperti ini. Saya rasakan ‘Inspector Koo’ akan menjadi lebih menarik sekiranya ia mempunyai musim kedua.

kwak sunyoung inspector koo

Malah Kwak Sun-young menyatakan bahawa pelakon Kim Hae-sook juga mahukan musim kedua untuk drama ini. Katanya lagi, pasti seronok sekiranya semua watak di’reset’ dan watak baru diperkenalkan. Selorohnya,

Na Jae-hee (wataknya) boleh menjadi penjahat baru.

Kwak Sun-young juga mengetahui tentang keinginan penonton yang mahukan musim kedua “Inspector Koo”. Menurutnya lagi, tidak pasti sekiranya ada kisah yang boleh dikembangkan lagi nanti.

kwak sunyoung inspector koo

Untuk pengetahuan, “Inspector Koo” membawa kisah seorang penyiasat jenayah insurans yang bertempur dengan seorang pembunuh bersiri licik yang merupakan seorang pelajar kolej. Di dalam drama berkenaan, Kwak Sun-young membawa watak Na Jae-hee iaitu seorang penyiasat dan merupakan sahabat baik kepada Koo Kyung-yi (Lee Young-ae).

Entahlah ada musim kedua ke tak.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...