Kalau cakap pasal selebriti cantik dan kacak di Korea, nama Go Youn-jung dan Cha Eun-woo pastinya tidak akan terkecuali.
Baru-baru ini, Cha Eun-woo dan Go Youn-jung telah terlibat dengan satu penggambaran iklan untuk jenama fesyen ‘MARITHÉ FRANÇOIS GIRBAUD’.
Khususnya, gandingan mereka telah meraih perhatian dengan video itu yang mengumpul hampir 5 juta tontonan di YouTube kini.
Mengenai keserasian mereka berdua, Go Youn-jung mengulas dalam satu temu bual,
Setiap kali Cha Eun-woo disebut, perkara pertama yang saya rasa ialah rasa terima kasih yang tulus. Semua orang sudah tahu betapa kacaknya dia tetapi saya sangat berbesar hati kerana dapat membuat rakaman dengannya. Kadang-kadang orang dinilai hanya dari rupa mereka tetapi dia sebenarnya seorang yang bekerja keras dalam lakonannya dan saya belajar banyak darinya.
Harap dapat tengok diorang berlakon dalam drama sekali pula lepas ni!