Ikuti Kami:

“Semua Nak Tayang” – Netizen Korea Bincang Penampilan aespa Makin Seksi Kini

“Semua Nak Tayang” – Netizen Korea Bincang Penampilan aespa Makin Seksi Kini

Dah 5 tahun aktif sejak debut, aespa nampaknya ingin memaparkan imej yang lebih ‘matang’ kini.

Baru-baru ini, aespa telah melancarkan beberapa foto teaser susulan keluaran album terbaru mereka “Dirty Work”, pada 27 Jun nanti.

Meskipun terpesona melihat kecantikan setiap ahli, pakaian yang dikenakan mereka khususnya telah menjadi perdebatan antara netizen.

Meninjau laman komuniti dalam talian, ada yang mempersoalkan imej aespa yang makin seksi kini tambahan pula dengan outfit mereka yang begitu mendedahkan.

aespa

Bagaimanapun, ramai yang tampil mempertahankan mereka, menjelaskan bahawa semua ahli sudah pun dewasa dan berhak membuat pilihan sendiri.

Antara komen netizen,

  • Semoga diorang tak perform pakai baju ni je la atas pentas nanti.
  • Makin hari, makin seksi ye.
  • Semua nak tayang eh.
  • Bukan aespa je, banyak je artis lain pakai macam ni juga jadi apa salahnya.
  • Semua artis memang berlumba-lumba nak jadi paling seksi ke.
  • Itu hak mereka.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Instiz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...