Ikuti Kami:

“Semua Mesti Sold Out!” – Dalam 5 Bulan Sahaja, Kim Seonho Jadi Duta Lebih 10 Jenama Popular

“Semua Mesti Sold Out!” – Dalam 5 Bulan Sahaja, Kim Seonho Jadi Duta Lebih 10 Jenama Popular

Kim Seon-ho merupakan antara figura yang sesuai digambarkan sebagai ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.

Selepas merebut hati ramai menerusi drama “Start-Up” sebagai hero kedua iaitu Han Ji-pyung, semakin murah rezeki lelaki berusia 35 tahun ini dalam dunia hiburan Korea. Bukan sahaja menjadi rebutan pelbagai produser drama dan filem namun namanya juga menjadi sebutan oleh pelbagai jenama terkenal. Semua berebut tahu nak jadikan Kim Seon-ho sebagai duta mereka!

Langsung tak pernah diambil menjadi model namun semuanya berubah dalam kehidupan Kim Seon-ho apabila dia ditawar iklan komersial pertamanya iaitu ‘Food Bucket’ iaitu jenama suplemen kesihatan pada November 2020.

kim seonho

Daripada situ, bermula lah rezekinya yang melimpah ruah dalam dunia pengiklanan. Antaranya ialah:

Ajaib – syarikat pelaburan saham Indonesia

Nau – jenama pakaian luar yang mesra alam (bersama Moon Ga-young)

Domino’s Pizza – jenama pizza popular (bersama Shin Dong-yup)

La Roche-Posay – jenama produk kecantikan

kim seonho

Shinhan My Car – platform kewangan auto

Edition Sensibility – jenama pakaian

Miima Mask – jenama pelitup muka

kim seonho

Wide-Angle – jenama alatan golf

Canon Inc. – jenama optikal dan pengimejan

Globe – syarikat telekom besar Filipina

Organisasi Pelancongan Korea (KTO) – ulang tahun ke-4 ‘2 Days & 1 Night’

11th Street – platform beli-belah atas talian

kim seonho

Bukan saja-saja dipilih tahu, tapi penangan Kim Seon-ho terbukti ‘real’ kerana setiap produk yang menampilkan wajahnya pasti akan ‘sold-out’!

Kim Seon-ho ialah kacak, peramah dan disayangi oleh ramai orang daripada pelbagai golongan umur.

Fuhh! Seronok betul lihat kejayaan Kim Seon-ho kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...