Sepertinya kita bakal mendapat musim ketiga “Hospital Playlist” tak lama lagi.
Semasa acara “Director’s Talk” yang diadakan pada 15 April bagi pelancaran drama spin-off terbaru “Resident Playbook”, pencipta siri Shin Won-ho dan Lee Min-soo bercakap secara terbuka mengenai masa depan drama tersebut, termasuk juga “Hospital Playlist”.
Ketika menjawab soalan yang sering bermain di fikiran para peminat, Shin Won-ho berkata,
Saya pernah berikan jawapan yang sama ketika ‘Hospital Playlist’ dahulu. Semuanya bergantung kepada penonton. Jika kami terima maklum balas yang cukup—sama ada daripada jumlah tontonan atau reaksi keseluruhan—kami akan pertimbangkannya.
Sambil ketawa, beliau menambah,
Saya masih rasa tertekan tentang musim ketiga ‘Hospital Playlist’. Kedua-dua pelakon dan penonton asyik mendesak saya. Kalau kami betul-betul buat nanti, mungkin disebabkan tekanan itu juga.
Walaupun berseloroh, kenyataan beliau cukup untuk menyalakan semula semangat para peminat yang rindukan kehadiran kru perubatan Yulje yang ikonik itu.
Harapnya jadi kenyataan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.