Ikuti Kami:

“Semua Memori Akan Hilang” – Episod Terakhir ‘The King: Eternal Monarch’ Beri ‘Hint’ Kesudahan Sedih?

“Semua Memori Akan Hilang” – Episod Terakhir ‘The King: Eternal Monarch’ Beri ‘Hint’ Kesudahan Sedih?

Semakin menghampiri penamat, semakin berdebar rasanya hati penonton yang tak sabar ingin menyaksikan pengakhiran kepada hubungan Lee Gon dan Jung Tae-eul. Melihatkan banyak teori kepada episod akhir “The King: Eternal Monarch”, semua nyatanya mahukan happy ending kepada pasangan itu.

‘Hint’ episod akhir

Drama tersebut telah mengeluarkan kenyataan pendek bagi menggambarkan jalan cerita untuk episod terakhir “The King: Eternal Monarch”.

Seluruh memori akan hilang, cinta yang hebat itu. Selepas dunia ini berubah, Lee Rim mengatakan bahawa ingatan semua orang akan hilang tetapi ada yang akan kekal sama… seperti ingatan hebat Tae-eul dan Lee Gon terhadap cinta.

episod akhir the king: eternal monarch

Berdasarkan daripada keratan kenyataan ini, peminat setia drama fantasi ini menebak bahawa kesudahannya nanti berkemungkinan besar adalah terbuka.

Atas rasa tanggungjawab Lee Gon sebagai raja dan juga pewaris takhta tersebut, lelaki itu akan cuba untuk mengubah semula masa dan dunia kepada asalnya. Dengan ini, raja itu dapat membetulkan kembali apa yang salah dalam kedua dunia dek takdir yang kian berselirat dengan menyelamatkan dirinya yang lagi satu.

episod akhir the king: eternal monarch

Kerajaan Corea dan Republik Korea Selatan akan kembali seperti sedia kala lantas menyebabkan Lee Gon dan Jung Tae-eul langsung tidak akan bersua muka dan bahagia dalam dunia masing-masing. Namun begitu, mungkinkah rasa cinta yang sangat ampuh di antara pasangan itu akan melawan takdir ini?

Saksikan episod akhir “The King: Eternal Monarch” pada 12 Jun ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...