Ikuti Kami:

“Semua Bantah” – Pengarah Dedah Sebab Pilih Yewon Bawa Watak Seksi Dalam ‘Narco-Saints’

“Semua Bantah” – Pengarah Dedah Sebab Pilih Yewon Bawa Watak Seksi Dalam ‘Narco-Saints’

Bukan sahaja popular kerana teraju utama yang hebat malah “Narco-Saints” tular kerana memaparkan babak panas di dalam episod awalnya.

Antara yang menjadi sebutan ialah Ye-won iaitu bekas ahli kumpulan Jewelry yang mampu membawa watak isteri kepada tokan dadah Kang Yo-hwan (Hwang Jung-min). Meskipun hanya muncul dalam beberapa episod sahaja, wanita itu membuktikan keberanian untuk menghidupkan watak tersebut apabila hanya selesa berpakaian dalam.

Dalam sebuah temubual rasmi, pengarah Yoon Jong-bin mengakui bahawa dia memilih Ye-won meskipun menerima tentangan ramai orang. Khabarnya, ia adalah kerana watak komedi yang dibawa oleh wanita itu dalam beberapa rancangan hiburan sebelum ini.

yewon narco-saints

Pun begitu, pengarah tersohor itu mendedahkan bahawa dia tidak mengenali bekas ahli Jewelry itu dan hanya memilihnya berdasarkan bakat yang ditonjolkan ketika sesi uji bakat,

Terdapat ramai yang beratur untuk uji bakat itu. Tak banyak watak wanita dalam ‘Narco-Saints’, jadi saya perlu memilih dengan berhati-hati. Selepas tiga orang muncul, saya mendapat tahu bahawa salah seorang dari mereka ialah ahli Jewelry. Pada ketika itu, barulah saya tahu mengenainya selain ramai yang membantah pemilihan Ye-won atas sebab itu.

Tambahnya,

Mereka mengatakan bahawa Ye-won mempunyai imej yang kuat dalam program hiburan jadi dia mungkin tidak dapat mendalami wataknya. Tapi saya mengatakan, ‘Saya tak tahu tentang itu’. Kerana saya merasakan sedemikian, sudah pasti penonton juga akan memberikan reaksi yang sama.

yoon jongbin narco-saints

Lelaki berkenaan turut memuji semangat Ye-won dalam bidang lakonan,

Saya banyak bersembang dengan Ye-won semasa perjumpaan. Saya dapat merasakan yang dia sangat mahu berlakon dan percaya dia boleh melakukan dengan baik.

Terdahulu, Ye-won pernah terpalit kontroversi apabila dikatakan bersikap kurang ajar dengan pelakon senior iaitu Lee Tae-im. Disebabkan oleh isu tersebut, wanita itu dilihat mula menjauh dari dunia seni sebelum kembali berlakon selepas itu dalam pelbagai drama seperti “What’s Wrong With Secretary Kim?”, “Class Of Lies”, “Feel Good To Die” dan lain-lain.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...