Ikuti Kami:

Semua Ahli BTS Secara Rasmi Mohon Penangguhan Untuk Sertai Servis Tentera

Semua Ahli BTS Secara Rasmi Mohon Penangguhan Untuk Sertai Servis Tentera

Kesemua 7 ahli BTS telah memfailkan penangguhan pendaftaran servis tentera mereka sehingga mencapai umur 30 tahun.

Berita ini datang selepas laporan bahawa Perhimpunan Kebangsaan Korea telah berkumpul untuk membincangkan semakan kepada Akta Perkhidmatan Ketenteraan, yang akan membenarkan artis popular yang mempunyai kesan budaya, menggantikan perkhidmatan ketenteraan mereka dengan kerja sukarela.

Kebanyakan lelaki Korea diwajibkan mendaftar untuk servis ketenteraan apabila mereka mencapai umur 28 tahun, tetapi BTS sebelum ini diberi kebenaran untuk menangguhkan pendaftaran mereka sehingga umur 30 tahun, kerana mereka menerima ‘Hwagwan Order of Culture’, iaitu gred kelima ‘Order of Cultural Merit’ dari Pemerintah Korea.

‘Order of Cultural Merit’ merupakan penghargaan yang diberikan oleh Presiden Korea Selatan untuk layanan jasa luar biasa dalam bidang budaya dan seni. Layanan jasa ini adalah untuk kepentingan budaya nasional dan pembangunan nasional. BTS mendapat penghargaan ini atas kontribusi mereka pada pengembangan budaya popular dan seni.

Keupayaan BTS untuk menangguhkan pendaftaran mereka memberi Jin, ahli tertua BTS, peluang untuk menangguhkan pendaftarannya sehingga umurnya mencapai 30 tahun pada Disember 2022. Jika Jin tidak dapat menangguhkan pendaftarannya, dia perlu mendaftar pada Disember 2021, iaitu bulan depan.

Kini setelah semua ahli telah memohon penangguhan, BTS boleh meneruskan aktiviti mereka sebagai tujuh anggota, sehingga Jin memulakan servis tenteranya pada Disember 2022.

BTS MILITARY

Setiap ahli BTS akan dapat membuat persembahan bersama kumpulan itu, sehingga mereka mencapai umur 30 tahun dan perlu memulakan perkhidmatan tentera mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...