Sudah pun 3 hari berkahwin namun majlis penyatuan hati pasangan Hyunbin dan Son Ye-jin terus menjadi perbualan ramai.
BACA: “Sayang..” – Ucapan Manis Hyunbin & Son Yejin Di Majlis Perkahwinan Tular
Bukan sahaja minta terhadap sukan golf yang membuatkan hati mereka terpaut malah pertemuan dua kali di dalam naskhah seperti “The Negotiation” dan “Crash Landing On You” membuatkan pasangan kegemaran ramai ini menemui pasangan sehidup semati mereka.
Disebabkan peminat berharap bahawa kedua mereka akan bersatu selepas tampil sebagai ‘Yoon Se-ri dan Ri Jung-hyuk’, rata-rata menyambut berita gembira ini dengan kembali menghayati lagu sentimental yang dimainkan dalam drama popular itu. Antara daripadanya ialah “Here I Am Again” nyanyian Baek Ye-rin di mana ianya turut dimainkan ketika majlis perkahwinan mereka baru-baru ini.
Antara komen mereka,
Saya kembali di sini kerana mereka akhirnya bernikah.
Kelmarin, saya terfikir bahawa lagu ini sangat bersesuaian dengan majlis mereka. Dan saya gembira kerana mereka benar-benar memainkannya di majlis berkenaan.
Tahniah atas perkahwinan anda!
Ending sebenar yang bahagia!
Lain perasaannya mendengar lagu ini apabila mereka sudah disatukan kini.
Terbuai perasaan dengar lagu ini kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.