Ikuti Kami:

Sempena Perayaan Chuseok, Episod Baru 4 Drama Ini Akan Ditunda Ke Minggu Hadapan

Sempena Perayaan Chuseok, Episod Baru 4 Drama Ini Akan Ditunda Ke Minggu Hadapan

Untuk pengetahuan anda, Chuseok merupakan satu perayaan yang penting di Korea. Ia bererti hari kebesaran dalam pertengahan bulan Ogos sebagai menyambut musim menuai dan rakyat Korea biasanya akan diberi cuti seminggu untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Disebabkan oleh perayaan ini, banyak saluran TV akan menggunakan peluang di mana semua berada di rumah untuk menyiarkan pelbagai rancangan khas. Oleh itu, banyak jadual program asal seperti drama mahupun rancangan hiburan akan sedikit berubah dan terganggu.

Antara drama yang tidak akan ditayangkan pada minggu ini:

When I Was The Most Beautiful (MBC)

Tiada tayangan pada 1 Oktober ini dan episod baru akan ke udara pada 7 Oktober nanti.

when i was the most beautiful

SF8 (MBC)

Tiada tayangan pada 2 Oktober ini dan episod baru akan ke udara pada 9 Oktober nanti.

mbc sf8

Alice (SBS)

Tiada tayangan pada 2 dan 3 Oktober ini dan episod baru akan ke udara pada 9 Oktober nanti.

sbs alice

More Than Friends (JTBC)

Tiada tayangan pada 2 dan 3 Oktober ini dan episod baru akan ke udara pada 9 Oktober nanti.

jtbc more than friends

Jangan risau, anda masih boleh lagi menonton episod baru drama ini pada minggu hadapan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...