Ikuti Kami:

“Semoga Keamanan Dicapai” – Lee Youngae Sumbang RM348K Buat Ukraine

“Semoga Keamanan Dicapai” – Lee Youngae Sumbang RM348K Buat Ukraine

Lee Young-ae khabarnya telah memberikan sumbangan bermakna bagi menyokong Ukraine.

Baru-baru ini, duta Ukraine iaitu Dmytro Ponomarenko telah memuat naik sekeping surat dan cek bernilau 100 milion won (RM348,542) daripada pelakon wanita itu di Twitter. Katanya,

Kami teruja dan tersentuh dengan surat dan sumbangan kewangan pelakon Korea Lee Young-ae yang menyokong Ukraine dan kemahuan untuk menghentikan peperangan dengan segera! Sumbangan ini akan disalurkan kepada yang memerlukan oleh mangsa keganasan Russia.

Ucap Lee Young-ae dalam surat berkenaan,

Buat warganegara Ukraine,

Saya Lee Young-ae, pelakon yang berasal dari Korea. Sebagai ahli keluarga veteran askar yang melalui peperangan, saya berasa kegerunan perang lebih mendalam daripada yang lain.

Saya secara jujurnya berharap agar peperangan dihentikan dan keamanan dapat dicapai di Ukraine secepatnya, dan saya mendoakan kesihatan dan keselamatan penduduk Ukraine.

Warganegara Ukraine yang cintakan kebebasan dan keamanan, saya berharap anda tidak hilang harapan dan keberanian!

Sebagai penduduk Korea bebas yang cintakan keamanan, saya mahu menyampaikan hati yang kecil namun berharga kepada penduduk Ukraine. Semoga Tuhan merahmati semua.

Semoga kemanan dicapai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...