Menjadi sumber hiburan ramai pada penghujung minggu, “Hometown Cha Cha Cha” nampaknya terus popular dalam kalangan peminat K-Drama.
Diadaptasi daripada filem “Mr. Hong”, drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.
Ternyata popular, naskhah ini buat pertama kali mencatatkan rating dua digit iaitu 10% kelmarin, menurut Nielsen Korea. Ianya merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat “Hometown Cha Cha Cha”.Siapa yang layan drama ini, memang ianya best kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.