Ikuti Kami:

Semakin Kurus Berbanding Dalam Filem #ALIVE, Peminat Minta Yoo Ahin Jaga Kesihatan

Semakin Kurus Berbanding Dalam Filem #ALIVE, Peminat Minta Yoo Ahin Jaga Kesihatan

Siapa yang menonton filem #ALIVE baru-baru ini, pastinya dapat melihat sisi lain Yoo Ah-in dengan penampilan rambut pendek dan berwarna keemasan selain fizikal yang sedikit besar daripaa biasanya.

Pun begitu, ramai yang nyata terkejut apabila melihat perubahan drastik pelakon lelaki itu menerusi entri terbaru di laman Instagram rasminya. Menurut pemint, Yoo Ah-in nampak terlalu kurus kalau nak dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.

yoo ahin kurus

Kalau anda nak tahu, sebenarnya lelaki itu mungkin sudah kembali ke berat asalnya. Pada tahun 2019, dia perlu menaikkan berat badan sebanyak 15 kilogram bagi menyesuaikan diri dengan watak di dalam filem “Voice Of Silence” yang bakal ditayangkan Oktober nanti. Dalam naskhah tersebut, dia membawa watak seorang penjahat yang terlibat dengan organisasi jenayah yang bertugas untuk ‘bersihkan’ segala tempat yang terjejas. Pada suatu hari, dia telah menerima satu permintaan pelik untuk menjaga seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang diculik.

yoo ahin kurus

Walaupun mungkin ini adalah berat asalnya tetapi peminat meluahkan rasa risau dengan penampilan terbarunya itu dan meminta Yoo Ah-in supaya menjaga kesihatannya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...