Ikuti Kami:

Selit Babak Tragedi 9/11, ‘Twenty Five, Twenty One’ Dikritik Kurang Sensitif

Selit Babak Tragedi 9/11, ‘Twenty Five, Twenty One’ Dikritik Kurang Sensitif

Menghampiri episod terakhir, “Twenty Five, Twenty One” tanpa sengaja terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Dalam episod ditayangkan kelmarin, satu klip melibatkan tragedi 9/11 yang disiarkan telah menerima kritikan penonton.

[Amaran SPOILER]

Seperti yang diketahui, Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) dan Na Hee-do (Kim Tae-ri) telah memulakan hubungan jarak jauh dek lelaki itu yang perlu bertugas di New York bagi melaporkan insiden berkenaan. Jadi, wanita tersebut melepaskan rindu dengan menyaksikan berita yang menampilkan Baek Yi-jin sebagai wartawan.

kontroversi twenty five twenty one

Pada suatu hari, Na Hee-do kelihatan kecewa apabila laporan berita tersebut hanya menyelitkan suara Baek Yi-jin memberikan laporan sahaja. Pun begitu, selepas siaran itu, lelaki itu menelefon Na Hee-do dan memohon maaf kerana dia tidak dapat melihat wajahnya.

Saya menelefon kerana awak pastinya kecewa tidak dapat melihat wajah saya.

Walau bagaimanapun, ekspresi dan kelakuan Na Hee-do yang seronok dan teruja menonton teman lelakinya sambil berlatarbelakangkan tragedi ngeri berkenaan telah menerima kritikan ramai.

kontroversi twenty five twenty one

Mungkin niat produksi yang mahu memeaparkan keutuhan cinta antara pasangan yang berjauhan namun agak kurang sensitif bagi pihak mereka apabila insiden sebenar yang menghantui ramai itu dijadikan sebagai latar belakang kepada kisah cinta Na Hee-do dan Baek Yi-jin.

Antara komen penonton,

Tonton berita 9/11 hanya sebab nak tengok teman lelaki?

 

Pelakon wanita tersenyum gembira menonton TV apabila negara lain mengalami tragedi? Tak sangka saya menonton drama ini.

 

Boleh mereka tayangkan menerusi Netflix.. wow..

 

Agak berlebihan..

 

Mereka buatkan pelakon wanita utama seperti psikopat.

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...