Ikuti Kami:

Selesa Jadi Pemotong Rumput Kini, Bekas Ahli TEEN TOP Ini Dedah Kegelapan Dunia K-Pop

Selesa Jadi Pemotong Rumput Kini, Bekas Ahli TEEN TOP Ini Dedah Kegelapan Dunia K-Pop

Bukan senang nak jadi idola, walaupun popular tapi terpaksa menahan pelbagai tekanan di belakang tabir.

Tak mahu jadi idola lagi

Dalam saluran YouTube “All About Jobs”, bekas ahli TEEN TOP iaitu C.A.P ataupun nama sebenarnya Bang Min-soo telah bercerita lebih mengenai pengalamannya semasa aktif dalam dunai seni,

Ramai kata yang ia adalah pekerjaan yang menjual harapan, simulasi hubungan romantik dan cinta. Pada pendapat saya, saya tak mempunyai imej idola seperti itu, namun peminat menyukainya dan menyokong idola untuk hal itu. Walau bagaimanapun, kebanykan idola tak mempunyai harapan dan tak tahu apa itu cinta. Jadi, bagaimana mereka mahu memberikan cinta dan harapan buat peminat?

cap teen top

Tambahnya,

Ianya tak sama dengan cinta yang kalian rasa dengan orang disekeliling. Tapi, kalau saya mencintai wanita bukan selebriti, wanita itu akan mendapat tekanan dan terluka kerana peminat akan menjumpainya dan menghantar mesej buruk di media sosial.

Delusi peminat

Kerana mempunyai delusi bahawa mereka ada hubungan romantik dengannya, C.A.P menjelaskan bahawa pencacah tatu yang baik dengannya turut diganggu,

Satu hari, seorang wanita datang untuk mendapatkan tatu di bahagian pahanya namun ia dia tiba-tiba melaporkan gannguan seksual. Tak semena-mena pencacah tatu itu menjadi penjenayah. Kalau budaya peminat terlalu ekstrem, ia boleh menyusahkan orang di sekeliling idola.

cap teen top

Kongsinya mengenai realiti dunia hiburan,

Ramai yang cuba mendekati saya dan meminta untuk menjalani bisnes bersama kerana Teen Top popular. Sejujurnya, pasukan kami popular tapi saya tak popular pun dan ada artis lain yang lebih dikenali. Sebab itu, saya perlu memakai topeng di khalayak umum dan di acara tertutup. Ianya sangat tak selesa.

Imej palsu

Akui C.A.P jujur, dia penat memaparkan imej yang berlapik-lapik di hadapan umum,

Sebab itu, saya menamatkan kontrak dan meninggalkan kerjaya berusia 14 tahun sebagai idola. Awalnya terasa kosong, namun saya bahagia kerana saya boleh berlagak dan berkata-kata seperti apa yang saya mahu.

Dalam pada itu, C.A.P sebelum ini mendedahkan bahawa dia bekerja sambila sebagai pemotong rumput kini dan bahagia meskipun mendapat yang kecil berbanding ketika aktif sebagai idola.

Penatnya jadi idola…

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...