Selepas YG Entertainment, kini, C-JeS Studio juga telah mengumumkan penutupan agensi pelakon mereka.
Terbaru, C-JeS Studio mengumumkan bahawa mereka akan menutup agensi pengurusan pelakon, bagi memberikan tumpuan kepada perniagaan teras seperti kandungan dan pengeluaran album serta menghapuskan kos yang tidak perlu.
Jelas mereka,
Kami meneruskan pelaburan dan produksi proaktif dalam drama, rancangan hiburan dan kandungan muzik tanpa gangguan. Melalui penambahbaikan struktur, kami sedang berusaha untuk meningkatkan lagi kecekapan dan keuntungan perniagaan. Kami sedang dalam proses untuk menamatkan perniagaan pengurusan pelakon kami.
Untuk pengetahuan, antara artis yang bernaung di bawah C-JeS Studio adalah Sul Kyung-gu, Ryu Jun-yeol, Moon So-ri, Uhm Ji-won dan Ra Mi-ran.
Semoga terus maju jaya.