Ikuti Kami:

Selepas ‘The World Of The Married’, Kim Heeae Dilapor Bakal Terajui Drama Epik Wanita ‘Queen Maker’

Selepas ‘The World Of The Married’, Kim Heeae Dilapor Bakal Terajui Drama Epik Wanita ‘Queen Maker’

Selepas menggegarkan dunia K-Drama menerusi “The World Of The Married”, nampaknya Kim Hee-ae dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula tak lama lagi.

“Queen Maker” membawa kisah wanita terdesak yang melemparkan dirinya dalam gaung yang dalam bagi mencipta dunia yang benar dan adil.

Kim Hee-ae dikhabarkan bakal melakonkan watak Hwang Do-hee, seorang figura terbaik dalam dunia perundingan kelas atasan dan tidak pernah turun daripada kasut tumit tinggi miliknya selama 12 tahun. Sebagai ketua di jabatan perunding Kumpulan Eunsung yang berada di tangga ke-3 dalam ranking syarikat domestik, wanita itu bekerja keras bagi membina dan menjaga rapi imej pemilik syarikat tersebut selain melindungi status kumpulan itu.

Balas agensi Kim Hee-ae,

Kim Hee-ae ada menerima tawaran ‘Queen Maker’ dan sedang menelitinya.

moon sori

Selain daripada Kim Hee-ae, Moon So-ri juga dikhabarkan sedang dalam perbincangan untuk muncul dalam drama itu.

Siapa yang dah rindu nak tengok Kim Hee-ae berlakon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...