Han So-hee yang sebelum ini hanya dikenali oleh segelintir peminat K-Drama mula menempa nama selepas membintangi drama “The World Of The Married”. Walaupun pernah berlakon dalam pelbagai naskhah seperti “100 Days My Husband”, “Into The New World Again” dan banyak lagi tapi tuahnya datang bergolek apabila membawa watak wanita perampas bernama Yeo Da-kyung.
Selepas kejayaan drama “The World Of The Married”, ramai yang meletakkan harapan yang tinggi kepada Han So-hee bagi melihat spektrum lakonannya. Baru sahaja sebulan lebih penggambaran tamat, wanita rupawan itu dikhabarkan bakal menerajui sebuah drama Netflix bertajuk “Uncercover”.
Drama itu difahamkan akan diarahkan oleh Kim Jin-min iaitu pengarah disebalik drama hebat “Extracurricular” yang baru sahaja ditayangkan menerusi laman penstriman popular itu. Watak yang ditawarkan kepada Han So-hee ialah Seo Ji-woo, seorang pegawai polis yang menyelinap dan menyamar sebagai ahli geng jenayah terancang bagi membalas dendam ke atas kematian ayahnya.
Agensi naungannya 9ato Entertainment turut mengesahkan laporan ini.
Memang benar Han So-hee menerima tawaran untuk ‘Undercover’ tetapi tiada apa yang disahkan lagi.
Han So-hee sebagai pegawai polis menyamar jadi ahli geng jenayah? Macam best je!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.