Ikuti Kami:

Selepas ‘The Penthouse’, Choi Yebin Dilamar Terajui Drama Mingguan KBS ‘Now Is Beautiful’

Selepas ‘The Penthouse’, Choi Yebin Dilamar Terajui Drama Mingguan KBS ‘Now Is Beautiful’

Selepas populariti “The Penthouse”, sudah pastinya ramai yang ternantikan apakah projek akan datang para pelakon drama itu tambahan nama baru dalam industri seperti Choi Ye-bin.

Khabarnya, gadis itu telah menerima tawaran untuk membintangi drama mingguan KBS bertajuk “Now Is Beautiful”. Ianya membawa kisah generasi kini yang tidak mahu bercinta mahupun berkahwin selain menyampaikan kisah keluarga yang mendalam di dalamnya.

Respon agensinya,

Choi Ye-bin ada menerima tawaran ‘Now Is Beautiful’ dan sedang menelitinya kini.

choi yebin

Choi Ye-bin dikatakan akan membawa watak Na Yoo-na, anak perempuan berusia 20 tahun yang datang ke Seoul untuk bekerja dalam bidang bakeri selain merupakan seorang yang taat dan periang.

Dalam pada itu, Yoon Shi-yoon, Bae Da-bin dan Oh Min-seok juga sedang meneliti tawaran “Now Is Beautiful”.

Drama ini bakal menggantikan “Young Lady And Gentleman” selepas ia menamatkan tayangan nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...