Utama Celebrity News Selepas Tersebar Khabar Angin Bercinta Dengan Jungkook BTS, Artis Tatu Dedah Diganggu...

Selepas Tersebar Khabar Angin Bercinta Dengan Jungkook BTS, Artis Tatu Dedah Diganggu Dan Terima Mesej Cacian

kedai tatu lee mijoo minta peminat jungkook bts berhenti mengganggu mereka

Ingat tak kisah mengenai Jungkook BTS yang sebelum ini pernah dikhabarkan sedang bercinta dengan seorang pelukis tatu bernama Lee Mijoo? Walaubagaimanapun, pihak kedai tatu TA2LUV serta syarikat naungan BTS iaitu Big Hit Entertainment telah tampil dan menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa mereka berdua hanyalah berkawan.

Kelmarin, kedai tatu itu telah memuat naik satu entri di laman rasmi Instagram mereka. Menerusi entri itu, dapat dilihat yang mereka berharap agar peminat dan juga orang ramai berhenti mengganggu mereka. Sejak daripada insiden itu, kedai mereka dan Lee Mijoo sendiri telah menerima kata-kata cacian dan makian orang ramai sehingga menyebabkan tekanan.

kedai tatu meminta peminat bts berhenti mengganggu mereka

“Setiap hari, saya telah menerima ratusan mesej sebegini. Saya ada bercakap dengan beberapa peminat BTS semalam dan saya dapati, orang yang mencaci dan mengugut saya bukan semuanya peminat BTS.

“Saya ingatkan sekiranya saya mengambil langkah untuk mendiamkan diri seperti yang dinasihatkan oleh pihak Big Hit Entertainment, semuanya akan berlalu tetapi sudah hampir sebulan insiden itu dan saya masih menerima mesej sedemikian rupa selain kedai tatu kami turut dilaporkan kepada polis. Saya hanya dapat tidur selama beberapa jam sehari dan sudah mula ke sesi terapi serta bergantung harap kepada alkohol. Adakah saya harus terus hidup seperti ini? Dan hal ini bukan hanya melibatkan saya tetapi kawan, keluarga dan rakan sekerja saya turut menerima kata-kata makian dan juga ugutan. Adakah saya harus diam sahaja dan melihat perkara ini berlaku?

“Kami telah berterusan berhubung dengan Big Hit mengenai bagaimana harus kami tangani insiden ini. Pada awalnya, kami mempercayai nasihat mereka untuk mendiamkan diri sehingga semuanya selesai. Dan kami sangkakan mereka akan meneruskan dengan tindakan yang sepatutnya tetapi syarikat itu kemudiannya menyatakan yang mereka tidak bertanggungjawab terhadap perkara yang terjadi semasa Jungkook sedang bercuti.

jungkook bts dirangkap dating bersama lee mijoo seorang pelukis tatu

“Semasa panggilan terakhir kami, mereka memperlakukan saya seperti seorang yang inginkan pampasan atas situasi ini. Saya bertegas yang itu bukanlah tujuan dan keperluan saya.

“Kami telah banyak menerima kesakitan dan kami masih lagi menerimanya sehingga ke hari ini. Jadi selepas berfikir panjang, saya akan menceritakan tentang situasi kami kepada peminat yang terpilih. Walaupun mereka golongan minoriti, saya akan menceritakan kerana sifat ingin tahu mereka. Selepas beberapa kali berbual, saya sedar yang antara mereka hanyalah berlagak seperti peminat BTS walhal mereka hanyalah menyamar sebagai alasan untuk mengugut dan melaporkan saya. Saya dapat melihat ramai lagi peminat lain yang benar-benar risaukan kami dan meminta maaf atas insiden tersebut. Walaubagaimanapun, saya merasakan kedai tatu kami akan terus menerima ugutan dan kerosakan pada masa hadapan.

“Saya akan ulang lagi!

“Khabar angin mengenai hubungan cinta antara Jungkook dan Mijoo adalah tidak benar dan tatu yang dicacahnya bukanlah tatu asal. Gambar dan video mengenai insiden berkenaan bukanlah disebarkan oleh kakitangan kedai kami. Mijoo hanyalah merupakan seorang gadis biasa yang bekerja keras dalam bidangnya dan dia adalah sama sahaja seperti awak dan saya.

“Juga, kami tidak pernah memuat naik apa-apa hal media melibatkan Jungkook dan BTS dan kami juga tiada niat untuk berurusan dengan mereka. Ini adalah salah pendengki yang menyebabkan khabar angin ini bertiup kencang.

“Dengan bantuan peminat, kami telah menjumpai maklumat lebih lanjut mengenai individu yang menyebarkan khabar angin buruk itu dan kami akan terus menjejaki mereka dan meminta mereka untuk bertanggungajawab terhadap perlakuan tersebut.

“Saya benar-benar minta maaf untuk segala salah faham dan khabar angin tersebut. Saya juga mahu berterima kasih kepada peminat BTS yang telah memberi sokongan kepada kami sepanjang masa ini.

“Kehadapan. kami tidak akan melayan apa-apa soalan lagi. Saya tahu anda semua masih ingin tahu tentang beberapa perkara lain. Selepas seketika, saya pasti Big Hit dan Jungkook akan memberi kenyataan tentang hal ini. Saya juga telah berhenti berhubung dengan Jungkook serta syarikatnya sejak lama dahulu.”

Harapnya kedai tatu itu mendapat ketenangan selepas ini. Mesti penat melayan karenah orang yang suka menyibuk hal lain. Diharap juga, Jungkook dan Big Hit Entertainment akan memberi kenyataan rasmi mengenai hal ini.

Sumber: Soompi

Loading...