Ikuti Kami:

Selepas Taylor Swift, Jungkook Artis Pertama Raih 15 Juta Penstriman Di Spotify Dengan ‘Seven’

Selepas Taylor Swift, Jungkook Artis Pertama Raih 15 Juta Penstriman Di Spotify Dengan ‘Seven’

Jung-kook BTS telah mencipta sejarah baru dengan debut solo rasminya!

Pada 14 Julai, Jung-kook telah melancarkan single solonya “Seven” (feat. Latto) dan berjaya mendominasi carta iTunes di banyak negara seluruh dunia.

Selain iTunes, lagu tersebut juga telah mencipta sejarah baru di Spotify, selepas meraih sebanyak 15,995,378 penstriman dan berada di No.1 dalam carta Lagu Teratas Global Spotify, pada hari pertama pelancarannya.

Kini, Jung-kook merupakan artis lelaki pertama dari mana-mana negara yang berjaya meraih lebih 15 juta strim untuk lagu di Spotify dan juga artis kedua selepas Taylor Swift yang mempunyai pencapaian sedemikian.

jungkook seven

Untuk pengetahuan, hanya 2 lagu yang pernah mencapai penstriman lebih tinggi dari “Seven” di Spotify iaitu lagu Taylor Swift “Anti Hero” dan “Lavender Haze”.

Tahniah Jung-kook!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...