Meskipun Gary lebih dikenali dek kemunculannya dalam banyak rancangan hiburan namun lelaki itu bakal kembali ke ‘akar’ asalnya iaitu penyanyi rap tak lama lagi,
Pada 15 Oktober, diumumkan bahawa Gary akan meriliskan sebuah album mini baru bertajuk “2020” pada 6 p.m (waktu tempatan Korea), hari yang sama. Ini adalah muzik pertama yang dihasilkannya sejak Ogos 2019, di mana dia mengeluarkan single “Purple Bikini”.
Album ini mengandungi 4 lagu baru dan lagu utamanya ialah “Outer Ring Road” yang dihasilkan dengan kerjasama DJ Spray dan L-Like, ianya digambarkan sebagai lagu yang sesuai dimainkan ketika memandu dalam musim luruh. Album itu juga dilengkapi dengan lagu “Photograph” di mana Gary telah berkolaborasi dengan rakan lamanya iaitu Jung In. Lagu ini mengisahkan perasaan kedua artis tersebut selepas menjadi ibu bapa.
Seronoknya apabila melihat Gary kembali melakukan sesuatu yang disukainya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.