Pasti ada sesetengah peminat yang masih mengharapkan Ji-soo BLACKPINK dan Ahn Bo-hyun kembali bercinta.
Baru-baru ini pada 2 Disember, Ji-soo telah memuat naik beberapa foto baru di Instagram, beserta kapsyen yang ditulis,
Hello? Saya Ji-soo oren🍊
Kemudian, ahli BLACKPINK itu turut berkongsi hantaran tersebut di Instagram Story dengan meletakkan emoji buah oren.
Pada hari yang sama, bekas kekasihnya iaitu Ahn Bo-hyun turut memuat naik foto baru di Instagram Story dengan buah oren yang tertulis di atasnya,
Bergembiralah, Bo-hyunie.
Ahn Bohyun and Kim jisoo IG story 🍊 what is the meaning of this ? pic.twitter.com/qV9IzOucQL
— Salidad (@Salidad2) December 2, 2023
Meskipun tidak jelas sama ada ini adalah kebetulan atau disengajakan, ada netizen yang membuat spekulasi bahawa pasangan itu sudah kembali bersama.
Namun, ada juga yang menyatakan bahawa ia hanyalah satu kebetulan memandangkan emoji tersebut juga sering diguna oleh ramai orang.
Hmm, apa pendapat korang?