Siapa yang rajin sangat tulis komen buruk, korang kena berjaga-jaga selepas ini.
Terbaru, Yulhee berkongsi berita mengenai tindakan undang-undang terhadap pengulas jahat dalam video yang dimuat naik di saluran YouTubenya, Yulhee’s Home. Video yang bertajuk ‘VLOG: Hidup Sederhana dan Sibuk Kebelakangan Ini’, mendedahkan keputusannya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap gangguan atas talian.
Dalam video tersebut, Yulhee mendedahkan,
Saya dalam perjalanan ke mesyuarat berhubung tindakan saman terhadap pengulas jahat.
Dia menjelaskan bahawa dia faham dengan karier yang dipilihnya, dia perlu menghadapi pelbagai pendapat negatif namun kadang kala ia melebihi luar batasan,
Namun, apabila melihat komen jahat yang baru-baru ini, saya menyedari bahawa bertoleransi hanya menjadikan serangan semakin teruk. Ini mendorong saya untuk mengambil tindakan undang-undang.
Baginya, hanya ini cara yang betul untuk menangani masalah sedemikian selain tiada kompromi akan diberikan buat sesiapa yang ditangkap.
Sebelum ini, Yulhee mendedahkan bahawa Minhwan pernah melanggan pelacur dan berkelakuan biadap terhadapnya semasa perkahwinan mereka lantas menerima pelbagai persepsi dari warga netizen. Dalam pada itu, dia juga dalam proses untuk menuntut kembali hak penjagaan ketiga-tiga anaknya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.