Ikuti Kami:

Selepas Kontroversi Buli Mina, Saluran Youtube Milik Jimin Terima Jumlah ‘Unsubscribe’ Tertinggi Di Korea

Selepas Kontroversi Buli Mina, Saluran Youtube Milik Jimin Terima Jumlah ‘Unsubscribe’ Tertinggi Di Korea

Sudah hampir seminggu bekas ahli AOA iaitu Mi-na membuat pengakuan bahawa ketua kumpulan itu telah membulinya selama 10 tahun sehingga dia sanggup mencuba untuk membunuh dirinya sendiri.

Pendedahan mengejutkan itu kemudiannya berakhir dengan pengunduran Ji-min daripada industri seni kerana hencapan netizen yang tidak boleh menerima perbuatan buruknya tersebut. Hal ini terbukti apabila sepanjang minggu ini saluran YouTube rasmi milik Ji-min menjadi saluran yang terbanyak dengan pembatalan langganan di Korea.

saluran youtube jimin terima pemberhentian langganan tertinggi di korea

Sepanjang 3 Julai hingga 10 Julai lepas, akaun ‘Boss Baby Jiminem’ telah kehilangan 5,000 langganan bersamaan dengan 12.8% daripada keseluruhan jumlah langganan asal saluran itu. Daripada data tersebut, ini menjadikan akaun milik Ji-min mencatatkan peratusan tertinggi bagi pengguna yang membatalkan langganan mereka dalam kalangan saluran YouTube di Korea.

Bukan itu sahaja, malahan, jumlah pengguna YouTube yang dilihat menekan tanda ‘tidak suka’ pada beberapa videonya selain daripada komen kritikan turut meningkat. Video terbarunya yang bertarikh 1 Julai kini mempunyai 29,000 tanda ‘tidak suka’ dan hanya 1,700 tanda ‘suka’ sahaja.

saluran youtube jimin terima pemberhentian langganan tertinggi di korea

Meskipun menerima sokongan yang baik sejak saluran itu mula dibuka pada Mei lepas tetapi selepas kontroversi tersebut, ia telah membantutkan kepopularitian saluran itu. Bahkan ia mungkin akan terbiar sahaja selagi Ji-min membuat keputusan untuk terus menjauhkan diri daripada dunia hiburan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...