Ikuti Kami:

Selepas Konflik Dengan Agensi Lama, Lee Seunggi Kongsi Perkembangan Terkini

Selepas Konflik Dengan Agensi Lama, Lee Seunggi Kongsi Perkembangan Terkini

Selepas dilanda konflik dengan agensi lama, kini Lee Seung-gi tampil berkongsi perkembangannya yang terkini.

Terbaru, pelakon Lee Seung-gi telah muncul dalam sebuah video di saluran YouTube milik seorang penyanyi kumpulan F.T Island iaitu Lee Hong-ki.

Dalam video tersebut, Lee Hong-ki sedang melakukan senaman untuk membina ototnya semula. Selepas bersenam, penyanyi itu terkejut apabila Lee Seung-gi secara tiba-tiba muncul di gim yang sama.

Lee Seunggi

Melihat pelakon itu, Lee Hong-ki menyapa dan bertanya soalan kepadanya,

Apa yang awak buat disini?

Lee Seung-gi menjawab,

Saya datang untuk bersenam.

Kemudian, penyanyi itu juga bertanya tentang perkembangan kerjaya lakonan Lee Seung-gi buat masa sekarang.

 Drama awak sudah tamat ke?

lee seunggi

Pelakon itu membalas,

Filem itu sudah keluar.

Soal ahli F.T Island itu lagi,

Kenapa awak nampak macam sibuk sangat?

Bagaimanapun, Lee Seung-gi tidak menjawab pertanyaan tersebut.

Harap Lee Seung-gi baik-baik sahaja.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...