“Crash Landing On You” merupakan salah satu drama yang tengah ‘hot’ sekarang ini! Gandingan Hyunbin dan Son Yejin nyata berjaya menarik perhatian penonton untuk setia menonton setiap episod yang ditayangkan. Rata-rata penonton kian berdebar melihat perkembangan drama ini selain gembira melihat pasangan itu kembali bersatu di Korea Selatan.
Beberapa minggu lepas, anda pasti ada dengar tentang berita yang Kim Soohyun bakal melakukan kemunculan istimewa di dalam drama “Crash Landing On You”. Meskipun ramai yang menebak bahawa dia bakal muncul sebagai bekas teman lelaki Seri tetapi semua menganga apabila dia membawa watak sebagai seorang tentera yang menyamar daripada Korea Utara.
Siapa yang cekap pasti perasan yang watak itu sebenarnya diambil menerusi karakternya sebagai Bang Donggu dalam filem “Secretly, Greatly”.
Tak sangka kerana lelaki kacak itu membawa watak komedi dalam kemunculan istimewanya di mana di terserempak dengan rakan tentera Ri Junghyuk yang datang ke Korea Selatan untuk membawa lelaki itu pulang ke Korea Utara.
Omg Kim Soohyun in Crash Landing on You reprising his role like in Secretly Greatly I’m crying pic.twitter.com/Ye6AqfFgi2
— 샤자 (@zaliyana) January 19, 2020
Tak cukup dengan Kim Soohyun, pihka produksi “Crash Landing On You” turut dikhabarkan bakal membawa pelakon Choi Jiwoo sebagai karakter istimewa dalam drama itu tak lama nanti.
Belum lagi pasti tentang latar belakang wataknya nanti tetapi dalam drama itu tetapi perasan tak yang watak Kim Joomuk iaitu salah seorang orang kanan Ri Junghyuk sering menyebut nama Choi Jiwoo sebagai pelakon kegemaran hallyunya disebabkan oleh penangan drama “Stairway To Heaven”. Adakah pelakon wanita popular itu bakal muncul sebagai dirinya sendiri? Siapa tahu!
Nantikan kemunculan istimewa Choi Jiwoo pada episod akan datang “Crash Landing On You”
Sumber: Naver News