Mungkin ada yang sudah lupa tetapi pada minggu lepas, telah dilaporkan bahawa bekas ahli kumpulan AOA iaitu Mi-na yang mendedahkan bahawa dia telah dibuli oleh ketua kumpulan tersebut selama 10 tahun lamanya. Selepas perkongsian tersebut, Ji-min kemudiannya membuat keputusan untuk keluar daripada AOA dan juga dunia hiburan serta-merta.
Meskipun sudah menenangkan peminat bahawa dia sudah tenang dalam usaha untuk memulihkan dirinya daripada dekat dengan fikiran untuk membunuh diri, nampaknya timbul pula spekulasi baru terhadap kes buli Mi-na ini.

Dari kiri: Chan-mi, Ji-min dan Seol-hyun
Terbaru, Mi-na dilihat sudah tidak mengikuti lagi akaun Instagram Chan-mi dan Seol-hyun. Namun masih mengikuti akaun Hye-jeong dan Yu-na. Hal itu menimbulkan persoalan ramai memandangkan wanita itu ada berkongsi bahawa Ji-min dan rakan AOA yang lain ada hadir ke rumahnya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Walaubagaimanapun, dia menyelar ahli yang lain kerana sepertinya menyebelahi Ji-min.
Kesemua mata dan telinga yang berada di rumah saya adalah sama sahaja. Shin Ji-min, awak beruntung kerana mereka semua berada di pihak awak.

Mi-na
Tidak pasti apakah motif sebenar disebalik tindakan Mi-na ini namun ramai yang menebak seolah-olah kedua ahli tersebut turut mempunyai masalah dengannya sama seperti Ji-min.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.